Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dengan dihadiri oleh hampir 1500 orang tetamu di majlis yang bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 5 petang. Tema majlis yang berwarna coklat dan putih sesuai dengan warna kegemaran keluarga ini yang gemarkan warna-warna natural. Warna ini memang cantik, tidak terlalu menonjol dan nampak lebih rileks.
Selalunya, di dalam setiap pakej kami , ada disediakan set dome seramai 40 orang bersamaan dengan 4 set meja untuk hidangan keluarga rombongan sebelah. Kami menggunakan kutleri yang bersesuaian serta waiter khas untuk menjaga meja -meja ini.
Warna sebegini sungguh natural kan?
Kek 3 tingkat ini , disediakan oleh pihak kami, dan pelanggan boleh memilih sama ada inginkan kek royal icing atau pun kek buttercream. Terpulang kepada pilihan anda!
Hiasa bunga daripada internal florist kami untuk hiasa meja makan pengantin
Kami juga ada menyediakan perkhidmatan karpet merah. Hamparan karpet merah ini menyempurnakan pemandangan majlis anda. Nampak tersusun rapi dan ianya kelihatan sungguh bersedia untuk meraikan kedatangan tetamu .
Pemandangan di kaunter buffet yang menempatkan semua hidangan serta minuman.
Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi Puan Tinie ( 017 256 2825)