Tuesday, October 2, 2012

Katering Rumah Terbuka

Buffet line 


 Buffet line ( close up)






Kuey Teow Kerang ( goreng di lokasi majlis)

Majlis Perkahwinan keluarga Tuan Haji Shariff & Puan Hajjah Ruhijah

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dengan dihadiri oleh hampir 1500 orang tetamu di majlis yang bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 5 petang.  Tema majlis yang berwarna coklat dan putih sesuai dengan warna kegemaran keluarga ini yang gemarkan warna-warna natural.  Warna ini memang cantik, tidak terlalu menonjol dan nampak lebih rileks. 


Selalunya, di dalam setiap pakej kami , ada disediakan set dome seramai 40 orang bersamaan dengan 4 set meja untuk hidangan keluarga rombongan sebelah.  Kami menggunakan kutleri yang bersesuaian serta waiter khas untuk menjaga meja -meja ini.  


Warna sebegini sungguh natural kan?

Kek 3 tingkat ini , disediakan oleh pihak kami, dan pelanggan boleh memilih sama ada inginkan kek royal icing atau pun kek buttercream.  Terpulang kepada pilihan anda!




Hiasa bunga daripada internal florist kami untuk hiasa meja makan pengantin


Kami juga ada menyediakan perkhidmatan karpet merah.  Hamparan karpet merah ini menyempurnakan pemandangan majlis anda.  Nampak tersusun rapi dan ianya kelihatan sungguh bersedia untuk meraikan kedatangan tetamu .



Pemandangan di kaunter buffet yang menempatkan semua hidangan serta minuman.  



Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi Puan Tinie ( 017 256 2825)

Monday, October 1, 2012

Katering di Denai Alam


Salam kepada semua pengunjung World of Hatinie....

Anda sihat? Alhamdulillah...moga semuanya sihat walafiat.  Gambar di bawah ni, gambar waktu kami buat katering minggu lepas di Denai Alam, Shah Alam.  

Menu :
Nasi Daging
Ayam masak merah
Kambing Masak Beriani
Dalca
Acar Timun
Papadom
Acar Buah

Buah Tembikai
Kuih Tepung Pelita
Cara Berlauk

Air Kordial Anggur
Teh Tarik
Air Mineral

Warna purple setting rumah ni....warna ni memang favourite. Ianya adalah bersempena dengan majlis pernikahan anak tuan rumah seramai 150 orang tetamu. 



Kami boleh dihubungi di talian 017 256 2825 (tinie)

Thursday, July 12, 2012

Wedding Zarif & Alina

Majlis resepsi Zarif dan Alina diadakan di Seksyen 11, Shah Alam, pada 8 Julai 2012.Majlis yang sungguh meriah ini, telah memilih warna jingga dan biru muda sebagai warna tema mereka.
Pelbagai hidangan disediakan ketika majlis berlangsung, seperti Nasi Arab, Sotong Sambal Hatinie, Ayam Goren Berempah Hatinie, Cendol, Kueyteow Hatinie, Kambing Golek, Yong Taufoo dari Johor Bahru, dan juga soto.
Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi berakhir kira -kira pada pukul 5.00 petang. /blockquote>
Berikut adalah gambar disekitar majlis berlangsung.

Saturday, June 16, 2012

Persandingan Alin & Pasangan

Majlis Pertunangan Ella & Hariz

Catering oleh Hatinie Catering.

Majlis Resepsi Syed Izhan & Aida

Majlis Izhan & Aida, yang diadakan di Shah Alam, dihadiri oleh hampir 1500 tetamu, dilangsungkan dalam penuh kemeriahan, dihadiri oleh sanak saudara dan rakan taulan pasangan mempelai.
Pasangan mempelai telah memilih warna hijau untuk hari bahagian mereka, nampak berseri-seri dan sungguh ceria.
Doa kami, moga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.